February 14, 2011

main aci nyorok dan MAULIDUR RASUL

sekarang ni jam tangan yg aku gantung kat board dlm bilik aku (sbb aku x dak jam dinding) menunjukkan tepat pukul 8.20 mlm..

sepatotnya pd waktu begini aku perlu berada di BISA (Balai Islam Saidatina Aisyah) a.k.a surau...dasyat x nama surau kat maktab aku??? ya, sbg maktab yg aku labelkan "islamic", student2 yg stay kat asrama di sini mmg diwajibkan sembahyang maghrib dan isyak kat BISA... tapi apa yg aku buat sekarang ni ialah duduk dalam bilik senyap2, tutup lampu, slowkan kipas dan masukkan selipar dlm bilik atau dalam erti kata lain MENYOROK....see, hipokrit tak aku??? dan aktiviti paranormal yg aku lakukan ialah BLOGGING sambil2 berFB...hmmm memang x patut....
oh, aku bukan nak bukak pekung di dada..tidak sama sekali berniat tuk berbangga dgn perbuatan x bermoral ini...p/s : jgn tiru aksi ini di rumah atau di mana saja anda berada sebab ia memerlukan kepakaran heee
oleh kerana esok ialah MAULIDUR RASUL, aku nak ajak anda2 menginsafi diri... aku bkn la pakar sgt dlm bab2 agama dan rasa tak layak pon nak cakap benda2 mcm ni..tapi tak salahkan mengajak kepada kebaikan??

cuba kita fikir, selama ni...i mean selama kita hidup, apa ja kebaikan yg pernah kita buat??? hmmm??? aku rasa boleh kira dgn jari kot (ayat ni tuk diri aku sendiri)... pendek kata ( bukan org kerdil atau mereka2 yg pendek kay ), manusia ni senang nak dpt dosa and senang jugak nak dpt pahala... mungkin kita tak perasan tapi dlm kehidupan harian kita, ada saja mulut ni nak mengata org, nak mencarut...tu suma dosa kan??? aku pon tak pasti apa hukum mengumpat ni...tapi kalau dah tiap2 hari duk mengumpat org tu, mengumpat org ni, tak ka dah jd dosa besar??? Ya, memang sembahyang tu boleh menghapuskan dosa TETAPI cuma dosa2 kecil sahaja!! Dosa2 besar akan terhapus dengan bertaubat.  Kita sembahyang cuma 5 waktu setiap hari. Sembahyang sunat belum tentu buat. Apatah lagi solat sunat taubat. Penah dengar tak hadis ( aku pon tak pasti hadis apa) yg maksudnya lebih kurang mcm ni la~ barang siapa yg berwuduk dengan SEMPURNA, maka keluarlah dosa2  sehingga dari celah kukunya juga.  Itu pun kalau berwuduk dgn SEMPURNA. Kalau tak, terhapus ka dosa2 kita??? 

okay, cukup bab dosa pahala ( mukadimah ja td tu hehe)... sebab apa yg aku nak ckp sebenarnya ialah pasai ("tentang" dlm bhs bakunya) hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w atau juga dikenali sbg Maulidur Rasul. 

sedikit info :
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. (sumber : wikipedia )

Hari kelahiran atau dlm bahasa mat sallehnya BIRTHDAY, yg kita duk sambut tiap2 tahun tu adalah  tuk memperingati hari kelahiran kita atau dalam erti kata lain HARI MAK KITA SUSAH PAYAH TERAN UNTUK MELAHIRKAN KITA. Kat dunia ni, setiap hari mesti ada baby yg dilahirkan. Tengok sekeliling kita sudah. Boleh dikatakan hari2 kita wish selamat hari jadi dekat kawan2 , family atau kenalan kat FB tu haha... Ini kan hari kelahiran rasul junjungan kita..nabi terakhir...Nabi Muhammad s.a.w.

So, sebagai umat ISLAM , umat Nabi Muhammad S.A.W... jom la kita gunakan hari esok sebaik-baiknya utk  memperingati hari kelahiran rasul junjungan kita. Tak perlu pon wish happy besday atau buat parti hari jadi...kita cuma perlu berselawat byk2 ke atas baginda. Dan mungkin ramai yg tak tahu yg Allah s.w.t mengurniakan kelebihan dan keistimewaan kepada mereka yg mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. And last but not least, pesanan dari diri aku sendiri ( dan juga tuk aku hihi ), kurang-kurangkan lah umpatan dan carutan di hari yg baik ini... lagi baik kalau tak mengumpat langsung ^^

thats all 4 today...
p/s : betulkan kalau ada yg tersilap ckp terutama skali bab2 hadis dan hukum tu huhu

saya sudahi "ceramah" saya dgn serangkap pantun yg BASI
       
        Buah cempedak di luar pagar
        Ambil galah tolong jolokkan
        Saya budak baru belajar
        Kalau salah tolong tunjukkan


No comments:

Post a Comment