February 20, 2011

bersangka baiklah kpd Allah s.w.t

aku bkn nak bg ceramah or what..tp nak share sesuatu yg dah buat aku mengalirkan air mata. bkn jugak nak bajet baik ya... apa2 pon baca lah dulu, mesti anda2 akn rasa benda yg sama....
  FYI : post ni aku jumpa dkt favorite quotations s'org kwn kat FB...

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Bila Allah cepat makbulkan Doamu , Maka DIA Menyayangimu ,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu , Maka DIA Ingin Mengujimu ,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu , Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
......Oleh itu , Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

No comments:

Post a Comment