February 5, 2011

kerana kamu yang bernama BOHSAN

Tadaa... hari ni aku menaip lagi. Bukan sebab suka2 tapi sebab kebohsanan tahap tak boleh nak tahan sampai aku rasa macam nak lari2 keliling rumah tanpa kasut supaya aku tepijak kaca atau duri dan tersedar diri lalu masuk semula ke dalam rumah sambil memikirkan apa yg telah aku buat tadi seperti orang gila tiada arah tuju dan matlamat hidup sehingga sanggup buat benda2 bodoh tanpa memikirkan sebab dan akibat kerana terlalu BOSAN dengan hidupnya sampai terlupa yang aku sedang menaip benda mengarut sekarang ni!!! Fuh!! ayat yg tiada titik noktahnya... see, aku dah cakap yg aku memang bohsan tahap kritikal dah ni... huhu somebody come play with me (@.@)

~ini aku sedang bergimnastik di atas wire electric depan rumah~

February 3, 2011

Aktiviti tidak berguna sepanjang hari

Laporan Aktiviti Harian Cik Ismah Aina

         Seperti biasa, hari ini aku bangun lambat. Lambat yg dimaksudkan ialah kira2 pukul 11 pagi. Oh, jgn salahkan aku yg bangun lambat, salahkan katil yg terlalu empuk seperti ubi kentang rebus. Dan bkn juga salah mak aku yg tak kejut, sebab mak aku pon dah malas nak kejut aku yg pura2 tak dengaq jeritannnya di awal pagi. Walaubagaimanapon, jgn sesekali terlintas di hati " eh, minah ni tak sembahyang subuh ka???", sebab aku ada alasan utk berbuat begitu hehehe... Sebagai manusia yg masih mengamalkan adat resam Melayu yg serba sopan dan tertib ni, aku nasihatkan, jgnla sesekali ikut perangai ni. Orang tua-tua (termasukla mak aku pon) selalu pesan jgn bangun lambat nnt rezeki lari. Tak pon nanti org mai nak meminang tak jadi sebab anak dara tak bangun lagi!! Fuh sungguh menakutkan ( macam aku amik kisah )... Jawab aku dlm hati (mana boleh jawab depan2 org tua, nanti nampak kurang diajar lak)~ mana ada org dtg meminang awal2 pagi, paling awal pon dalam kul 1 cam tu. Kalau kat tempat aku la. Kalau kat tempat lain mana tau kot2 ada org dtg meminang awal2 pagi kan. Okay sampai di situ saja bab meminang. Sambung balik kisah aku tadi. Hmmm lepas bangun, aku g mandi. Lepas mandi terus aku mengangkat kaki menuju ke dapur dengan niat nak breakfast atau dlm erti kata lain BREAKLUNCH iaitu breakfast + lunch. Bila nampak muka aku ja, terus mak aku cakap " ha, tu cucuq pedas bawah tudung"~ fyi : cucuq pedas tu ialah cucuq udang. kat kg aku ni, cucuq udang tu dikenali sbg cucuq pedas~ Namun, aku menolak tawaran mak aku tu sebab aku nampak dia tengah masak nasi tomata and ayam masak merah!!! Yeeeeha!!! Reasonnya, kalau aku makan cucuq pedas, nanti aku kenyang so dah kena makan nasi tomato lambat sikit. Mana boleh tahan lalala. So, aku pon tunggula nasi tomato masak dulu. Sementara menunggu tu, aku minum la susu HI-GOAT. Yup, susu yg tengah popular kat pasaran sekarang ni. Kononnya baik tuk perut, gastrik dan sebagainya. Aku saja ja try sebab mak aku dah order byk2 suh anak2 dia minum huhu. Nasib baik tak bau kambing. Boleh tahan la susu tu. Huish, dah masuk bab susu lak. Hmmm tu la bak kata kawan2 and pensyarah aku, cikgu ni kalau dah mula bercakap memang tak boleh berhenti. Masalahnya sekarang ni, aku bkn tengah bercakap tapi menaip huhu. Maafla...dah terbiasa taip esaimen panjang2 huahua... Dah2 sambung balik cita aku td. Selepas lebih kurang sejam menunggu, nasi tomato pon masak. Apa lg, amik pinggan isi nasi la hehe. Oh lupa lak, lauk sekali la kan. Then, aku g duduk depan tv (bersila) and menyuapkan nasi ke mulut sambil menonton cita cina pa ntah. Ha, lupa lak nak mention yg hari ni hari raya cina or Tahun Baru Cina. So, melambak lambak la cita cina kat tv tu. Oleh sebab aku ni mengamlakan konsep 1 MALAYASIA (ececeh tak boleh blah), aku pon tengok ja la rancangan tu. Dah abis mkn, basuh pinggan dan sebagainya, aku makan aiskrim lak. Wuhuuu aku tak boleh say no to aiskrim!!! Ala lepas mkn main course kena la mkn desert lak kan... Okay, desert pon dah abis dimakan. Aku pon g la duk lepak2 atas kerusi malas depan tv sambil sambung tengok rancanagn cina tadi tu. Nak tau apa jadi lepas tu??
Yup, aku tertido...LAGI!!! haha no offence ^^  So, now here i am. Baru bangun and terus blogging dengan rasa menyesal dlm hati sebab tak ada benda yg berfaedah pon yg aku buat hari ini. So, dengan waktu yg masih ada ni.. i mean sebelum maghrib, aku nak g lepak depan rumah bersama family tercinta. Oh ya, satu lagi FYI, depan rumah aku ada pangkin kat bwh pokok rambutan di mana family aku selalu lepak2 waktu petang sambil makan snack n bergosip... ok, chaw dulu ...wink2 (^^)

February 2, 2011

Pagi hari di kg ku yg indah lg permai...lalala

Perghhh!!! gila poyos title hr ni ...hahaha
1st, Gud monink (^^) wink2~ monink hapanya, dah nak tgh hr da pon ( bak kata mak aku )
Besa la cuti2 kat rumah ni, dah tak p kelas...nak buat apa lg kan..tidoq la (ceh, alasan!!!)
Breakfast hr ni~ jeng3...NASI LEMAK +TEH O PANAS. What a great combination!!! 
Oh lupa lak, nasi lemak mak aku buat ye bkn beli..sy ulang BUKAN BELI. Awat pulak minah ni duk ulang2 nasi lemak mak dy buat??? Bukan pa..dah lama tak mkn nasi lemak mak aku buat.Sejak p maktab kira2 sebulan yg lalu ( mcm ayt berita lak hoho), tak pernah lg la breakfast yg sedap2. Rasanya tak pernah lg kot breakfast kat maktab sbb bangun pagi terus mandi, siap2...pastu g kelas. Mana da masa nak breakfast...(padahal bangun lambat hehe)~no offence~ 

Lebih kurang mcm ni la nasi lemak yg mak aku buat. Hmmm ok la, daun pisang tu x dak ye. Drooling x???




February 1, 2011

YE@Y

lalalala dah tukaq background baru hehe ( syok sendiri)
title blog pun dah ditukar kpd CINNAMON atau dlm bahasa melayunya KULIT KAYU MANIS.
Yup, yg org guna dlm masakan tu.
tapi, kenapa CINNAMON ya??? hmmm.... ntah la. saja suka2 kot. 
tiba2 aku rasa CINNAMON ni comei ~ no offence~ 
nak tau dak sejarah CINNAMON? Masa zaman dulu2 (aku pon x pasti bila) tp lebih kurang masa zaman kesultanan Melayu Melaka la klu x silap, CINNAMON merupakan antara rempah yg termahal. Kira barang dagangan yg mahal dan mempunyai permintaan yg tinggi la gitu. Negara2 besaq mcm India, Cina dan Arab berebut2 la nak jual CINNAMON ni. Hmmm cam susah ja nak caya kan. Tambah2 bila aku yg bercerita. Tapi ni betui tau. Tak tipu punya... lebih kurang mcm tu la sejarah CINNAMON ni. 

Ha, kpd sesiapa yg x tau, ni la CINNAMON  

Habis tu apa kena mengena pulak dgn title blog aku ni??? Jawapannya - saja suka2 haha. eh, suka hati  aku la nak letak title blog ni apa2 pon... KUCING ka...RAKSAKSA ka...
Berkenaan dgn background baru ni pulak...hehehe I LIKE  (syok sendiri lg lalala)
Penat tau nak cari yg TERBAEK (bak kata hati aku). Dah bapa kali tukar background.Yg ni baru pueh ati lalala(^____^)     

Huhu maafla terover excited lak nak tulis pasai background baru ni.... padahal no big deal pon. Dah la, ada byk lg kerja menanti .Da projek baru la katakan... busy2!!! 
p/s : abaikan kesyoksendirian aku kay..wink2

January 8, 2011

Bila suma menjadi 'baru'

"baru"~ satu perkataan yg bkn baru dlm hidup ak tp bkn sng nk biasakan diri dgn perkataan ni..
hmmm... cam geli ja ayt ak haha.
Tahun BARU
Blok BARU
Bilik BARU
Roomate BARU
Kelas BARU
And of coz, HIDUP BARU!!!
baru sangat ka??? ak pun x pasti..
proses adaptasi masih berlaku and i'm trying hard to get use to my life rite now...
Alhamdulillah...sumanya ok. ak kan wonder girl!!!~ yup, ak perasan lg^^

new year resolution???~ aku x penah ada~no offence^^
sebab aku berazam untuk tidak berazam. kalau ada pon, sure x tercapai punya hehehe
 so, i just do what i am comfortable with and due to my CHANGEABLE mood.
the end.
 
















November 3, 2010

mls nk pikir

1st, xtau nk start dr mna... sbb dah lma x blogging...huhu

2nd, skrg minggu xam..n as usual, ak x penah rajin nk mntelaah

3rd, paper EDU semalam ~SUCK!!!

4th, keinsafan tuk study masih blum hadir dlm diri ak

5th, drpd menghitung hr tuk paper seterusnya, ak lebih concern tuk bilang hr nk balik kg~ n that will be 16 days from now!!!

 sidenote : practice make perfect...BUT nothing is perfect ... so WHY PRACTICE???  ~ think^^




August 10, 2010

Ramadhan yg mulia

Assalamualaikum...
Fuh!! dah lma x ziarah blog sendiri..dah naik anai2 ha..isk2
tup tap tup tap da masuk bln puasa. Rasanya mcm baru semalam sambut raya..
~ececeh bermadah plak minah ni hehe~

Di kesempatan ni, aku nk wish selambat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,
Semoga kita mendapat 1000 keberkatan di bulan yg mulia ni n sama2 lah kita memanfaatkannya dgn melakukan ibadah serta meninggalkan segala yg laqa(entah betui ka x aku eja ni).

dats it!!! daaaaaaaa...