Laporan Aktiviti Harian Cik Ismah Aina
Seperti biasa, hari ini aku bangun lambat. Lambat yg dimaksudkan ialah kira2 pukul 11 pagi. Oh, jgn salahkan aku yg bangun lambat, salahkan katil yg terlalu empuk seperti ubi kentang rebus. Dan bkn juga salah mak aku yg tak kejut, sebab mak aku pon dah malas nak kejut aku yg pura2 tak dengaq jeritannnya di awal pagi. Walaubagaimanapon, jgn sesekali terlintas di hati " eh, minah ni tak sembahyang subuh ka???", sebab aku ada alasan utk berbuat begitu hehehe... Sebagai manusia yg masih mengamalkan adat resam Melayu yg serba sopan dan tertib ni, aku nasihatkan, jgnla sesekali ikut perangai ni. Orang tua-tua (termasukla mak aku pon) selalu pesan jgn bangun lambat nnt rezeki lari. Tak pon nanti org mai nak meminang tak jadi sebab anak dara tak bangun lagi!! Fuh sungguh menakutkan ( macam aku amik kisah )... Jawab aku dlm hati (mana boleh jawab depan2 org tua, nanti nampak kurang diajar lak)~ mana ada org dtg meminang awal2 pagi, paling awal pon dalam kul 1 cam tu. Kalau kat tempat aku la. Kalau kat tempat lain mana tau kot2 ada org dtg meminang awal2 pagi kan. Okay sampai di situ saja bab meminang. Sambung balik kisah aku tadi. Hmmm lepas bangun, aku g mandi. Lepas mandi terus aku mengangkat kaki menuju ke dapur dengan niat nak breakfast atau dlm erti kata lain BREAKLUNCH iaitu breakfast + lunch. Bila nampak muka aku ja, terus mak aku cakap " ha, tu cucuq pedas bawah tudung"~ fyi : cucuq pedas tu ialah cucuq udang. kat kg aku ni, cucuq udang tu dikenali sbg cucuq pedas~ Namun, aku menolak tawaran mak aku tu sebab aku nampak dia tengah masak nasi tomata and ayam masak merah!!! Yeeeeha!!! Reasonnya, kalau aku makan cucuq pedas, nanti aku kenyang so dah kena makan nasi tomato lambat sikit. Mana boleh tahan lalala. So, aku pon tunggula nasi tomato masak dulu. Sementara menunggu tu, aku minum la susu HI-GOAT. Yup, susu yg tengah popular kat pasaran sekarang ni. Kononnya baik tuk perut, gastrik dan sebagainya. Aku saja ja try sebab mak aku dah order byk2 suh anak2 dia minum huhu. Nasib baik tak bau kambing. Boleh tahan la susu tu. Huish, dah masuk bab susu lak. Hmmm tu la bak kata kawan2 and pensyarah aku, cikgu ni kalau dah mula bercakap memang tak boleh berhenti. Masalahnya sekarang ni, aku bkn tengah bercakap tapi menaip huhu. Maafla...dah terbiasa taip esaimen panjang2 huahua... Dah2 sambung balik cita aku td. Selepas lebih kurang sejam menunggu, nasi tomato pon masak. Apa lg, amik pinggan isi nasi la hehe. Oh lupa lak, lauk sekali la kan. Then, aku g duduk depan tv (bersila) and menyuapkan nasi ke mulut sambil menonton cita cina pa ntah. Ha, lupa lak nak mention yg hari ni hari raya cina or Tahun Baru Cina. So, melambak lambak la cita cina kat tv tu. Oleh sebab aku ni mengamlakan konsep 1 MALAYASIA (ececeh tak boleh blah), aku pon tengok ja la rancangan tu. Dah abis mkn, basuh pinggan dan sebagainya, aku makan aiskrim lak. Wuhuuu aku tak boleh say no to aiskrim!!! Ala lepas mkn main course kena la mkn desert lak kan... Okay, desert pon dah abis dimakan. Aku pon g la duk lepak2 atas kerusi malas depan tv sambil sambung tengok rancanagn cina tadi tu. Nak tau apa jadi lepas tu??
Yup, aku tertido...LAGI!!! haha no offence ^^ So, now here i am. Baru bangun and terus blogging dengan rasa menyesal dlm hati sebab tak ada benda yg berfaedah pon yg aku buat hari ini. So, dengan waktu yg masih ada ni.. i mean sebelum maghrib, aku nak g lepak depan rumah bersama family tercinta. Oh ya, satu lagi FYI, depan rumah aku ada pangkin kat bwh pokok rambutan di mana family aku selalu lepak2 waktu petang sambil makan snack n bergosip... ok, chaw dulu ...wink2 (^^)
waaa...ibu da buat report dia da....hehehhe
ReplyDelete